Monday, December 1, 2008

BELIAU...

BELIAU....




Dulu aku seronok bersama BELIAU... Aku seronok bergelak ketawa...
Aku seronok bergurau senda...
Aku seronok bersama-sama sehinggakan
aku ingin mahu hidup bersama BELIAU..
Main sama-sama...
Makan sama-sama...
Keluar bersama-sama...
Bagaikan seluruh hidup di dunia ini
aku mahu menghabiskan masa bersama BELIAU...




BELIAU....




BELIAUlah yang mengenalkan kepadaku erti
persahabatan...
pengorbanan...
kesetiaan...
siapa diri aku yang sebenar di sisi Tuhan...
BELIAU sanggup melayan karenah aku
semata-mata untuk menunujukkan
kepadaku apa erti pertalian...
BELIAU senggup berkorban
semata-mata supaya aku menjadi yang
terbaik walaupun di sebalik wajah yang
manis terselit seribu keresahan...




BELIAU....




Aku ingat lagi pesanannya kepada aku...
Barangkali aku memikirkannya
semula...terungkap beribu makna di sebaliknya...
"Zamri...kita hidup di dunia sebagai hamba kepada
yang Esa..segala percaturan hidup kita diatur olehNya..
kita hanyalah hamba yang bergantung kepada
pertalian dan senantiasa mengharapkan pertolongannya...
jangan sesekali sombong dan leka daripada mengingati Allah..
Dialah segala-galanya...tanpa Dia..anta tidak akan hidup dalam
keadaan yang sihat...kita tidak akan mampu melakukan apa-apa
pun...melainkan hanya kasih sayang dan rahmat yang dicurahkan
olehNya..Allah sayang anta...jadi..sentiasa berserah dan
sentiasa bersangka baik denganNya..."
Kata-kata itu cukup memberi impak yang besar ke atas aku
ketika berada dalam keadaan yang sangat-sangat lemah...




Tapi kini...




BELIAU pergi tanpa meninggalkan sedikit pun kata-kata...
Walaupun ucapan selamat tinggal...
Yang tinggal hanyalah beberapa pesanan BELIAU yang
aku masih menyimpannya di dalam kotak memori aku
"Zamri...walaupun berbagai ujian yang anta hadapi...
itu merupakan kasihnya Allah kapada anta..."
..."Zamri...kadang-kadang kita bersedih kerana
kehilangan orang yang tersayang..tapi sedarlah Allah
sedia memberi apa-apa pertolongan kepada anta..asalkan
anta berbalik kepadaNya..."
Tapi terdapat satu kata-kata yang tidak dapat aku lupakan
yang masih jelas di dalam memori aku...
"Zamri..kalau diri di depan anta ni pergi sebelum anta...
anta tidak usahlah risau dan bersedih kerana tanpa diri ini
anta masih mempunyai hidup anta..teruskanlah hidup anta..
teruskanlah segala tarbiyah yang anta telah pelajari...kerana
Islam amat memerlukan orang seperti anta bagi membantu
dalam pembangkitan Islam...."
Itulah pesanan beliau untuk beberapa hari yang lepas
sebelum pemergian beliau untuk SELAMANYA....


"Argh...!!aku mesti meneruskan hidup aku..."bisik hatiku
ketika aku memerlukan pangisian untuk jiwa aku yang
masih kosong ini...
Dulu...tidak...
Apa-apa yang sering mengganggu jiwa aku..aku akan terus
merujuk kepada BELIAU...kerana bagiku BELIAU
merupakan ayah..sahabat yang sering membantu aku
ketika aku dalam keadaan susah mahupun senang...
Pada mulanya..aku seperti tidak mampu menerima
perancangan yang di rancang olehNya supaya BELIAU
pergi...tapi..aku mesti ingat segala pesanan BELIAU..
segala pengorbanan BELIAU kepada aku...kerana dia
mahu melihat aku menjadi lebih hebat darinya...aku mesti
menunaikan segala harapan BELIAU..
Walaupun BELIAU tidak berkesempatan melihat harapannya
tercapai ketika BELIAU masih ada...


Aku akan tunaikan segala harapan BELIAU....!!!
Kerana BELIAUlah yang sering membantu aku...
Aku akan menunaikan segala harapan BELIAU....